New Blog

Assalamualaikum..



Sudah agak lama MD last update blog. Sawang teruk sangat aih! Bukan malas tapi tak berapa nak rajin la.. Agak sibuk set up new blog.. Ececeh.. Macam kan MD la yang bersusah payah mereka layout blog bagai ek sampai berbulan-bulan.. haha..

So nak buat come back. Azam nak jadi blogger yang berjaya... Haa.. kemain.. Jangan hot-hot chicken sh*t sudah..

Just nak bagi tau reader.. Blog ni akan jadi personal blog. MD akan share tentang life. Tentang anak. Tentang kerja. Merempan. Meroyan. Apa segala yang peribadi di sini. Tapi segala tentang bisnes, tentang bisnes, MD telah create 1 blog lain iaitu www.suplemenmakdara.com.

Tujuan nya adalah sebab nak kekalkan blog ni menjadi blog peribadi. Tak nak campur adukkan bisnes dan peribadi lah kononnya. Mungkin akan terselit sikit-sikit tapi tidak banyak.

Jadi, dengan rendah diri, MD jemput semua untuk datang singgah ke blog kesihatan MD. Moga sama-sama dapat berkongsi manfaatnya.. InsyaAllah..
Hanni

PROMOSI JANUARI 2014


Nak Beli 1?
RM43.00 (S) / RM78 (L)

Nak Beli 6?
PERCUMA 1 botol ALFALFA (S) / (L)

PERCUMA Kos Pengeposan
~ Layak menerima BONUS pada 15 Februari 2014!

Hebat kan?

Untuk PERTANYAANPESANAN & PENJIMATAN BERGANDA :



Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

Hanni

Macam Mana Nak Potty Train Anak?

Assalamualaikum...



Pembaca yang budian, sudi lah kiranya berkongsi tips & trick untuk potty train anak..

MD stress yang amat ni.. Hajat hati nak potty train Nasywa. Dah 3 tahun dah pun dia. Tak kan nak pakai pampers lagi kan..

Dah banyak kali berpakat dengan Mak Caq depa ni.. Tapi Nasywa ni tak makan saman. Sampaikan Mak Caq nya surrender nak toilet train budak Nasywa ni.

Hari ni kata Mak Caq nya kencing & berak merata rumah.. Tak larat nak basuh la...

Adoii.... Ada tips x? Share la...
Hanni

Zinc Complex merawat jerawat?

Assalamualaikum

Akhirnya dapat juga tulis entry ini.. :) Apa yang uolls tahu tentang zinc complex? Mineral zinc yang diperlukan oleh tubuh kita tau!! Bukan atap zink.. hehe.. Ok straight to the point. Masa saya buat rawatan facial haritu, sajalah tanya that pakar kulit,

Saya : Adakah diet supplementary boleh menyumbangkan kepada masalah jerawat?
Pakar kulit : Bergantung kepada jenis kulit. If u punya kulit, vit E tak sesuai.. Sebab boleh menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Bila berminyak, acne senang nak tumbuh dan cepat merebak.. Sebab tu u punya jerawat lambat nak sembuh.
Saya : (Glurrpp..) Oo.. yake? Patutlah.. So apa suplemen yang sesuai untuk saya consume?
Pakar kulit : For your skin, zinc is better. Zinc boleh rawat masalah jerawat.

Ok, dah dapat jawapan. Patutlah selama ni consume vit E jerawat tak surut2.. Rupanya jadi tempat pembiakan. Huhu.. TAPI, JANGAN SALAH FAHAM TAU. Bukannya vitamin E ni tak elok. Vitamin E punya kelebihannya yang tersendiri dalam merawat masalah kulit. Untuk hilangkan parut, Vitamin E memang superb. Ditambah dengan sifat anti-oksidannya. Untuk mereka yang punya masalah kulit kering, vitamin E boleh membantu untuk melembapkan kulit. Cumanya, saya yang salah konsep. Main bedal je.. Kesimpulannya, before consume any product, better dapatkan consultation from ur distributor.. Explain in details apa masalah uolls.. kulit kering ke, banyak jerawat ke, nak hilangkan parut ke, muka berminyak sangat ke.. I’m sure they’ll give u the best consultation. (Eii.. I pun distributor tau.. Ni cerita lama yang baru nak diceritakan untuk kebaikan bersama.. ;p)

Eh, sebenarnya bukan nak cerita tentang Vitamin E.. Saya nak cerita tentang zinc complex. Benarkah zinc complex dapat merawat masalah jerawat? Pengalaman saya sendiri (sejak dapat advice dp that pakar kulit), saya memang amalkan pemakanan zinc. Bila jerawat tumbuh je kat muka, saya akan makan 1-2 tablet zinc sehari. Dan, memang betul!! Jerawat sangat cepat kecutnya. Dan tak berjangkit pada bahagian muka yang lain. Alhamdulillah.. Akhirnya jumpa juga penyelesaian kepada masalah ni. Sekarang ni pun dah tak ada jerawat2 besar kat muka. Yang ada hanya butiran halus tu pun satu dua butir jer.. :) Normal la tuh kan.. 
Zinc ini lah saya dok telan hari2 demi untuk dapatkan kulit yang cantik. Tak besar pun.. kecik lagi dari duit 5 sen.. psstt.. zinc complex shaklee adalah dalam bentuk zinc gluconate tau. Ada kajian menunjukkan pengambilan 30mg  zinc (zinc gluconate atau zinc sulfat) dapat merawat jerawat.
(1 tablet zinc complex Shaklee adalah bersamaan 15mg; sebab tu ada kalanya saya ambil 2 tablet sebelum makan --> ni depends pada individu ya..)

Bagaimana pula zinc complex membantu merawat masalah jerawat?

1) Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit
2) Zinc bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang) --> Membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat
3) Zinc boost immune system --> Membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes)
4) Zinc is an important co-factor in helping the body to process vitamin A and E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat
Zinc - Vitamin A - Vitamin E --> Gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit
5) Zinc juga membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar
6) Zinc terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan --> Kedua2nya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal

Hanni

Travel Part 1

Assalamualaikum..

Petang 31 Disember, kami laki bini anak-beranak bersantai-santai di rumah. MD pun baru nak mengemas umah. Macam tongkang karam umah. Tetiba CM bagitau, Pak nggi meninggal dunia. Pak Nggi adalah adik arwah ayah CM. Dia duduk Terengganu. Tapi tiap kali ada family event, arwah x pernah x turun untuk turut sama. Mesti ada. So, CM bersungguh nak ke Terengganu untuk ziarah arwah. Maka macam lipas kudung lah MD bersiap kain baju anak beranak..

Pukul 6 petang kami mulakan perjalanan. Ikut baling. Naik sampai Gerik. Jalan gelap gelemat x nampak apa. Boleh lak CM kata ada gajah dok tepi jalan la.. adoii.. kecut perut langsung x boleh tido! Singgah makan di Jeli sat. Anak-anak pun behave sangat. Mungkin time tido sama kot, so even terjaga pun x banyak bunyi meragam bergaduh nya.. MD terlena lepas dari Jeli.. Tersedar masa di Pasir Puteh. Sebab rasa cam dah tido lama tapi x sampai2 lagi.

Rupanya dah tersesat. Ikut panduan GPS, Ya Ampun... Jalan kampung mana la dia bawak. X berani nak redah. Dah la gelap gelita, jalan lak muat satu lorong je. Berapa kali patah balik masuk lorong tu keluar lorong ni.. Akhir nya around pukul 12 lebih sampai lah Kg. Raja, Besut.

Pertama kali datang sejak kawen dengan CM. Huhu.. Dah selesai baca yasin, MD cuit CM ajak beransur cari hotel ke apa. Tapi Mak Su (isteri Pak Nggi) suruh juga tidur rumah. Dalam serba-salah, kami tidur situ. MD bukan apa, pikirkan anak menantu dia ramai nanti balik nak tido mana pulak kan.. Tapi bukan boleh lena.. pukul 3 tido. Tu pun kejap2 terjaga.. Pukul 6 dah bangun mandi solat. Rumah orang, x kan nak buat perangai huduh mangkit lambat pulok kan..hahaha..

Jenazah di mandi kan pukul 9 pagi. Siap mandi dan kapan kan, jenazah di bawak ke tanah kubur. Alhamdulillah.. Urusan berjalan lancar.

Selesai segala urusan, kami pun beransur bergerak ke tempat lain. CM kata nak pegi Pulau Perhentian. MD pun dah ala-ala excited nak berjalan. Sekali boleh dia kata, x boleh.. Nanti Tsunami! Hish.. Dia ni la..

Patu dia ajak pulak rasa Sotong Celup Tepung yang paling faymes kat Terengganu. Maka gigih la MD ni google. Keluar la merata-rata dalam google pasal warung Pok Nong! Maka kami pun set GPS dan Waze. Sekali x jumpa yang di cari. Jenuh pusing merata-rata. Dengan line internet yang super lembap, jumpa la picture yang ada no fon Warung Pok Nong. Call la dia. Bini nya kut angkat. Passing sampai 3 orang tapi sorang pun x reti nak explain kat mana lokasi nya! dan yang paling menyakitkan hati, Warung Pok Nong tutup!! Aduiii...

So kami patah balik ikut laluan pantai. Stop kat Pantai Pnarek. Ada satu kedai jual sotong celup tepung. Makan tepi pantai, dengan angin pantai.. Syok nya...

Sudah makan, kami pun gerak ke Kelantan. Ingat nya nak ke Pasir Mas terus rumah saudara sebelah Papa. Tapi masing-masing laki bini sangat lah mengantuk. MD langsung x boleh nak bertahan lagi dah. Kereta jalan terus lentuk menganga-nganga kata CM.. Haha..

Terjaga bila dah sampai Kota Bharu. Melilau lah kami mencari hotel. Google sana sini, jumpa la hotel yang konon nya macam syok. Di tepi Sungai Kelantan kot.. Lokasinya di Kedai Lalat. CM sangat hairan nape nama tempat tersebut adalah Kedai Lalat? Nama apa tah hotel tu. Cerana Villa Resort & Ikan Bakar. Bilik hotel nya boleh lah. Aircond x berfungsi. X ada heater. Ok lah tu. Setakat nak tido je. Yang penting murah!

Malam tu kami tido awal. Letih oiii.... Budak2 pun lena awal..

Nanti kan Part 2 pulak..

** gambar akan di upload kemudian.

Hanni

~ Wedding Anniversary ~

Assalamualaikum..

Lama rasa tak menulis blog. Last update adalah pasal Salak Denai. Sebenar nya dah siapkan satu entry untuk anniversary MD & CM.. Tapi x sempat pulak nak di post kan.

Kami x plan pun nak ke mana-mana untuk celebrate anniversary. Tak pernah celebrate pun rasa nya selama kawen dari tahun 2010. Tak pernah bagi hadiah anniversary pun selama kawen ni..

So, tahun ni.. Rezeki bershaklee, dapat jugak belikan hadiah untuk CM.



Itu pun sebab kesian tengok SII dia dah x de bunyi. Cover belakang pun x ada.. Alahai.. Survey punya survey, Alhamdulillah.. MD suka nak bagi kat CM ni sebab dia ni menghargai. Pakai sampai lerai.. Sampai hancoq lah... Bukan macam MD ni, rambang mata. Gila gajet. Asal keluar baru, mula sawan nak beli. Hahaha..

Anyway, Happy Anniversary Abang.. Cayang Abang sangat2. Terima kasih kerana menjadi suami, dan ayah yang penyayang dan sangat mengambil berat pada kami.. Moga ikatan ini kekal hingga hujung nyawa.. Love u always!
Hanni

PROMOSI DISEMBER 2013





Nak Beli 1?
RM109.00

Nak Beli 6?
PERCUMA 1 botol OMEGAGUARD
PERCUMA Keahlian Shaklee
PERCUMA Kos Pengeposan
~ Layak menerima BONUS pada 15 Januari 2014!

Hebat kan?


Untuk PERTANYAANPESANAN & PENJIMATAN BERGANDA :



Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

Hanni

Nak merawat alergi hidung dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Ok, hari ni nak cerita pasal macam mana nak merawat alergi hidung dengan Shaklee. Tak perlu lagi makan ubat yang berunsur drug bagai..

Rasanya alergi hidung ni ramai antara kita yang menderita mengidapnya kan? Kata lain bagi alergi hidung adalah resdung. Atau sinus. Atau juga Rhinitis. Seksa bila nak makan seafood, alah kepada habuk dan sebagainya.. Dan percaya atau tak, ramai jugak antara kita yang buat mudah saja.. Ambil ringan dan tak peduli nak mengubatinya.. Tahukah anda, alergi hidung atau resdung, atau Rhinitis ni adalah radang pada selaput mukosa rongga hidung! Macam mana ianya terjadi? Ianya terjadi apabila penghidap alergi menghirup udara yang mengandungi alergen (pencetus alergi). Atau dalam kes lain, makan benda yang mencetus alergi. Contohnya seafood.


Apa Punca Alergi Hidung?


Ianya berpunca dari kuman hama dan ia dikaitkan dengan gejala bersin! Kalau kita biarkan, kuman hama ini akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh! Menakutkan, bukan? Oleh itu, sila elakkan daripada menghidu atau memakan benda-benda yang mencetus alergi ni. Haiwan berbulu macam kucing juga kena dielakkan sebab ianya adalah penyumbang terbesar kuman hama ni. Memang comel, tapi kalau korang ni penghidap alergi, sila jangan cari penyakit..




Antara punca lain ialah :-
  • Faktor genetik - jika kedua ibubapa atau salah seorang dari mereka mempunyai masalah alergi hidung, kita juga berkemungkinan besar turut dijangkiti.
  • Masalah penyakit alergi lain seperti alergi kulit (ekzema) dan alergi makanan.
  • Debunga dari tumbuh-tumbuhan.
  • Debu kayu/habuk.
  • bahan kimia dan getah lateks.
  • Bau-bauan seperti minyak wangi, pencuci.

Apa tanda Alergi Hidung?

  • Hidung berair dan tersumbat
  • Mata gatal dan berair
  • Gatal di sekitar hidung, telinga atau tekak.
  • Kerap bersin melebihi 3x
  • Lingkaran hitam bawah mata.

Bagaimana Nak Merawat Alergi Hidung Dengan Shaklee?

Alergi hidung adalah di antara penyakit yang sukar dirawat. Kebanyakkan penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang masa bagi melegakan gejala ini. Walaubagaimana pun, kita perlu pastikan ubat-ubatan yang diambil terutamanya kepada kanak-kanak tidak mendatangkan kesan sampingan samada jangkamasa pendek atau panjang.

Selain itu pengambilan suplement dapat membantu menguatkan sistem imunisasi anda.. Shaklee sememangnya terbaik dan semulajadi.. InsyaAllah tidak meninggalkan kesan buruk dalam jangka masa panjang atau pendek.. MD pun ambil juga set untuk Resdung, Ekzema ni.. Alhamdulillah. Dah boleh makan seafood. Dah boleh kemas rumah dengan senang hati. Kalau tak dok bersin-bersin, gatal hidung je..


So ni antara yang boleh di ambil..

Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular.

Nutriferon - Mempertingkatkan sistem imun
Vita-C 500mg - Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada debunga atau allergen)
Garlic - Antibiotic semulajadi
Caratomax - Mempertingkatkan fungsi imun
Zinc complex - Mempertingkatkan fungsi imun
Vita-E Complex - Mempertingkatkan fungsi imun
ESP Soy Protein - Meningkatkan tenaga
Alfalfa Complex - Detoksifikasi (detoxification), anti-keradangan


Nampak banyak tapi korang jangan risau.. MD pun tak gamak nak suruh korang ambil semua.. Korang boleh hubungi MD untuk berkongsi masalah kesihatan korang dan MD akan cuba membantu dan mencadangkan apa yang bersesuaian untuk anda.. 



Untuk PERTANYAANPESANAN & PENJIMATAN BERGANDA :
Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hanni

Family Gathering 2013 @ Salak Denai, Yan.


Assalamualaikum kalian..

Hari Isnin yang indah.. Lebih indah sebab MD cuti..haha.. Bukan selalu MD dapat bercuti panjang.. Start dari 25 Disember sehingga 1 Januari nanti.. Tapi walau pun cuti, memang super bz kat rumah.

So entry kali ni MD nak cerita pasal family gathering kami di Salak Denai, Yan, Kedah. Kejadian berlaku pada 28-29hb baru-baru ni..

Sebenar nya dah lama tahu pasal tempat ni. Tahu pun dari kawan opis yang bercuti di situ dengan family nya hujung tahun lepas. Tapi punya la susah nak booking. MD mintak nak booking time cuti sekolah. Tapi semua tarikh masa cuti sekolah dah fully booked. Yang available cume hujung tahun sahaja.. So tak pe lah.. Time booking adalah Januari, masa dapat Power Up Cash as Supervisor dalam Shaklee.. =)

Apa yang menarik nya tentang Salak Denai ni adalah dia ada private swimming pool untuk setiap chalet nya. Kecuali dorm lah. Dorm x de swimming pool. So, diorang ada 5 chalet dan 2 dorm. 3 chalet besar dan 2 chalet yang kecil.

Chalet yang besar adalah Chalet Siti Khadijah, Chalet Siti Aisyah, Chalet Siti Safiyyah. Harga untuk 1/2 hari adalah RM200. Manakala 1 hari adalah RM300. Ada 2 bilik tidur. Chalet kecil pulak adalah Chalet Siti Aminah, Chalet Siti Fatimah. Cuma ada 1 bilik sahaja. Untuk 1/2 hari RM60, dan 1 hari adalah RM90. Untuk dorm pulak, ada 2, Dorm Hassan dan Hussain. Bagi Dorm Hassan, ada 4 katil Queen. Sewa 1/2 or 1 hari penuh tetap RM80. Dorm Hussein pulak 2 katil single dan 2 katil Queen. Sewa 1/2 hari or 1 hari penuh adalah RM60.. Dorm ni macam tambahan la.. Kut-kut family ramai sangat sampai x muat bilik nak tido.. x kan nak tido tepi kolam pulak. Esok pagi satgi terapung-apung lak dia dalam kolam.. =D So kitorang amik Chalet Safiyyah dan Dorm Hassan je asal nya tapi sebab rakyat jelata Cikgu Hanafi & Cikgu Zaliha ni ramai, patu semua masih renek-renek bergayut dengan mak ayah lagi, so tambah lagi satu Dorm Hussein. Nasib baik kosong..

Time check in ada 2 lah.. Untuk 1/2 hari (11am-6pm) or (7pm-10am). Untuk yang satu hari satu malam pulak, (11am-10am) or (7pm-6pm).. So korang boleh decide lah nak check in - check out pukul berapa yang korang rasa selesa..

So Family MD, Atok & Opah, Mak Su & Pak Su serta Mak Lang berkonvoi dari Kulim. Family Mak Long & Pak Long, Pak Andak & Mak Andak dari Alor Setar, Pak Ngah & Mak Ngah dari Ipoh. Meeting point adalah di Salak Denai. Naik hiway, turun tol Gurun, pusing-pusing sana sini sesat bagai, akhirnya jumpa. Sebenarnya kalau ikut map yang kat bawah ni, senang je. Tapi sebab pakai GPS jugak, maka berlaku kekeliruan yang disebabkan oleh nya..!






Ala.. kalau rasa-rasa cofuse lagi. ikut je papan tanda ke kawasan peranginan Batu Hampar or Titi Hayun.. Dekat-dekat dah kawasan nya..

MD rasa Salak Denai patut tambah lagi papan tanda untuk memudahkan orang ramai mencari nya..

Credit : perjalananutaraselatan.blogspot.com
Di satu simpang kecik, akan nampak signboard ni.. Masuk la lorong kecik tu, maka sampai lah tempat yang di tuju..Dari luar nampak macam... hmmm... agak buruk. Tapi, tunggu dulu... Meh layan gambar-gambar dulu..

Pak Ngah tengah buat inspection kat Dorm Hasan.

Pegi Chalet Safiyyah pulak..

Jenguk-jenguk kut pintu dulu..

Terus nampak meja mar-mar ni...

 
Ada 2 bilik ekon.. Sangat besar dan selesa.



Pak Su dok tengok bilik..
Extra tilam, bantal dan selimut yang di berikan.

Pusing Tengok kolam pulak.






Hah.. Amik kau.. Air jernih fresh di pam dari sungai. Tak de klorin bagai. Budak2 tengok je terus dan2 nak terjun kolam ni..



Ni antara peralatan yang disediakan. Tapi start dari 1 Januari 2014, tuan chalet x sediakan dah kemudahan ni.. So bawak sendiri dari rumah ek..


Ada tandas extra ngan shower kat luar bilik.. So total 2 bilik air attach dengan bilik, 1 tandas ngan 1 shower kat luar..




3 beranak.. =)




Anak teruna takut ayor.

makan2 time.

CM jadi babysitter. MD sibuk dalam ayor.


Yang ni lagi x leh menahan. Celup b*nt*t je dalam air..?!


Round kedua Nasywa mandi.

Ni Pak Ngah, belakang tu Mak Ngah yang comel. Chef untuk BBQ.

Chef Mak Ngah! TQ for BBQ yang mabeles!

Ni 2 orang budak ni port dia kat gigi air n atas ni.. baju pun x basah. Main tipu.

Bersuka-ria.

Mak-mak yang ni jadi tukang makan, jaga baby dan tukang bersih..hehehe..

Dari pagi sampai, ada 4 sesi mandi manda.. Pagi tu sampai tengahari, petang, malam dan pagi sok sebelum balik. Air memang sejuk giler baq ang! Opah pun nak try mandi.. naik gelongsor tu, masuk dalam air rendam sekali terus naik! Atok pulak sempat 2x selam terus naik.. Tak tahan sejukkk!! CM mula2 jual mahal x nak masuk air, lepas BBQ malam tu, dia pun terjun la jugak sebab panas ngadap api, sekali x sampai seminit dah naik!! hahaha..

Yang x reti naik adalah budak2.. Semua pakat rendam dalam air x keluar2.. Kulit jenis apa x tau depa ni! Termasuk la Nasywa!! Satu badan ketaq (Nasywa cakap ketaq!) pun x reti-reti nak naik.. Risau jugak demam ke selsema lama sangat dalam air. Tapi, bawak siap2 Omega, Vitamin C dan Nutriferon sebagai perisai.. Alhamdulillah.. Diorang sihat..

Alhamdulillah! Percutian singkat family tahun ni berjaya! Anak2 having fun. Mak Pak anak pun gumbira.. Tahun depan plan ke tempat lain pulak..

Kalau rasa nak pergi, MD memang sangat galakkan! Memang super duper best!! Contact HIDAYAH - 0125376151. SMS je lah sebab kalau call jarang berangkat.. Busy kot.. Tapi SMS tu sure reply punya.

Hanni